Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi.
Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."
"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Ibnu Qayyim menyatakan:
"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
copied from: here
i agree :)
ReplyDeletememang naluri setiap insan untuk dicintai atau mencintai tu wujud. ni semua atas pilihan masing2. tapi adakah pilihan kita tu adalah sewenangnya wenangnya akan menjamin kebahagiaan di dunia? hanya Allah sahaja yang mengetahui...
hidup berkahwin atau bercouple, kene sentiasa Allah di tengah2nya..
semua yang ada dalam dunia ni adalah kejadian Allah, jika tiadanya pasti musnah kerana Dialah bersifat Haqiqi.. sama juga dalam setiap perhubungan lelaki & perempuan, seandainya kita menjadi kan Allah sebagai saluran cinta, insyAllah, semuanya akan sempurna dan melindungi kita daripada godaan syaitan...
sememangnya dunia ini diciptakan sebagai platform untuk kita membandingi cinta siapa lagi hebat? manusia atau Allah..
dari situlah kita boleh menilai bahawa ciptanya dunia ini adalah untuk membawa kita ke Jannatul firdaus... yang tiada haram & halal dalam isinya..
WAllahualam,
sama2 lah kita renung2 kan...
Yup,I agree with you too!
ReplyDeleteJust one thing bothering..bout the coupling thing [yg mmg xde dalam islam] tetapi telah disalah erti-kan oleh sesetengah pihak yg memberi definisi islamic coupling....selagi belum bernikah,belum halal....it still is not permissible...and this one I'm referring to the people who 'know' already...with no intentions of being judgemental towards those who are in a relationship [inshaAllah soon to get married]