Bismillahirrahmanirrahim,
I read this interesting article in Solusi magazine last night [isu.31] and felt like sharing it here so without further ado, let's get started! =)
Grateful that I found a piece while googling for the article [since I am still lazy to write..hoho]
credits to :
HERE
DEKATKAN JODOH ANDA
Apabila seseorang itu mengetahui ciri2 idaman bakal pasangan masing2,,,so sekarang boleh meneruskan langkah dengan memikat hati mereka dengan :
Berdoa Bersungguh2 Dan Berusaha Dengan Tepat
Jodoh di tangan Allah s.w.t., tapi kita wajib berusaha mencari dengan usaha dan ikhtiar (dibenarkan syariat Islam) dan terus berdoa dan bertawakal, insyaAllah dapat jodoh yang diimpikan. Walaupun berdoa mengikut adab2 serta tulus, tetapi masih tidak dikabulkan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Sesungguhnya doa seseorang itu tidak terlepas dari tiga perkara, iaitu, adakalanya diampuni dosa2nya, adakalanya diberikan kebaikan segera(dimakbulkan sesuai dengan permintaanya) dan adakalanya ditunda pengabulanya." (Riwayat al-Dailami)
Amati Orang Di Sekitar Kita
Mungkin orang yang hampir dengan kita itulah salah seorang yang mempunyai ciri2 idaman kita. Lumrahnya, kebanyakan jodoh kita terdiri daripada orang yang tidak jauh dari kita. Namun, masih tidak dinafikan ada jugak yang jauh seperti Malaysia dengan Bangladesh [from the article]
Tahap Pengabulan Doa
Sebagai orang beriman, kita harus yakin bahawa hal2 yang dianggap baik tak semestinya dianggap baik oleh Allah s.w.t.. Oleh itu, pengabulan doa ada beberapa kemungkinan :
- Dikabulkan sesuai dengan permintaan dan doa kita
- Dikabulkan hal2 yang serupa atau setaraf dengan apa yang diminta dalam doa
- Dihindarkan kita daripada malapetaka atau bencana yang sepatutnya menimpa kita
- Diampuni dosa2 dan diganti dengan pahala
- Ditunda pengabulan doa sebab tidak baik kepada kita jika dikabulkan sekarang
- Doa itu tetap akan dimakbulkan di akhirat
Tidah Mudah Patah Semangat
Kebanyakkan orang yang berputus asa dalam mencari jodoh akan bertanggapan negatif terhadap isu ini menyebabkan dia sukar BERTEMU JODOH.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Allah benci kepada orang yang patah semangat tetapi syaitan sukakanya"
Mengisi Hati Dengan Ibadah Tertentu
Setelah hati disucikan, kita perlu fokus terhadap tindakan kita untuk mempertahankan kejernihan hati kita. dengan ibadah2 tertentu walaupun sedikit, tapi jika ikhlas dan istiqamah, mampu menjadi benteng pertahanan untuk mengekalkan kesucian hati daripada sifat2 mazmumah!
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Orang yang memelihara solatnya, mereka itulah orang yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya." (Surah al-Mukminun 33: 9-11)
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Wahai orang2 beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki perbuatanmu serta mengampuni dosa2 mu. Barangsiapa taat kepaada Allah dan Rasul-Nya maka sungguh dia akan berbahagia dengan kebahagian yang agung." (Surah al-Ahzab : 70-71)
Menyayangi Semua Orang Di Sekitar Kita
Semua orang disekitar kita perlu disayangi dan dihargai agar kita mudah dihormati. Orang yang penyayang mudah menarik orang lain sayang kepadanya. Sifat berkasih sayang sangat dianjurkan dalam Islam. Allah s.w.t. mengiktiraf bahawa sesama Mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, bersangka baik dan sayangi lah orang lain sebelum bersangka buruk dan membenci mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Mahukah kamu, aku beritahu tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Sebarkanlah salam antara kamu." (Riwayat Muslim)
Menyucikan Hati
Hati manusia sentiasa tertanam sifat hasad dengki,riak, takabur, benci dan sebagainya. Oleh itu, kita perlu muhasabah diri, bertaubat dan beristighfar serta memaafkan orang lain. Hati yang bersih akan terpancar ketulusan di wajah menyebabkan orang sejuk memandang. Maka, mudahlah orang jatuh cinta kepada kita.
Sentiasa Bersedia Bila2 Masa
Persiapkan diri anda walau dimana dengan berpakaian kemas,
wangian, bersih dan ceria kerana tanggapan pertama sangat penting.! Tempat yang tidak disangka-sangka mungkin kita akan
bertemu dengan bakal pasangan. Lagipun Allah
sukakan keindahan kerana Allah itu cantik serta indah. So, jadilah hamba yang disukai Allah dengan sentiasa menitik berat kebersihan dan kekemasan diri.
Cuba Melengkapi Ciri2 Si Idaman
Kita perlu
memperbaiki kelemahan dan beristiqamah serta
bersyukur dengan kelebihan kita. Sebagaimana kita ingin bakal pasangan kita mengikut ciri2 idaman, bakal pasangan kita juga mengimpikannya. Maka, coraklah diri kita sebagaimana yang diimpikan oleh insan lain
Contohnya, seorang perempuan perlu menjaga wajah dan bentuk badan kerana satu dunia mengiktiraf kecantikan adalah faktor untuk menambat hati bakal pasangan, seperti :
- Melakukan senaman secara istiqamah
- Diet
- Buat kerja dengan pantas
- Kurangkan tidur dan rehat
- Kurangkan santai dan bermalas-malasan
- Gerak dan sibukkan minda untuk berfikir dan bekerja. Ini kerana, metabolisme anda akan tinggi dan tenaga yang anda dapat daripada makanan akan terarah kepada otak dan tidak tersimpan ke otot2.
Contoh bagi lelaki pula :
- Bijak memilih fesyen atau warna
- Pakaian dalam yang bersih terutama hendak solat
- Memakai stoking yang tidak berbau
- Menggunting rambut dan bercukur dengan rapi
- Mengerat kuku tangan dan kaki
- Meminyakkan rambut
- Menggosok gigi dan elakkan mulut berbau
- Bersederhana dan serba-serbi
Perspektif Jodoh
Yang Salah | Yang Betul |
Jodoh tidak perlu dicari | Allah menyuruh manusia berusaha |
Perempuan perlu menunggu | Sayiditina Khadijah meminang Rasulullah s.a.w. |
Perempuan tidak banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan | Perempuan berhak memilih |
Alang2 sudah terlanjur, diteruskan saja keran tidak mungkin lagi untuk bertemu pasangan yang baik | Allah s.w.t sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-Nya |
Pasangan banyak perbezaan, tidak kekal dalam hubungan | Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling melengkapi |
Perlu cinta sebelum kahwin | Ramai pasangan bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau tidak kekal. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin |
Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan selalu sms atau berjumpa | Selagi belum kahwin, syariat membataskan hubungan antara pasangan. Tidak dibenarkan bebas berjumpa dab bersms sehingga melalaikan |
Janji manis pasangan harus dipercayai . Contohnya, lelaki berkata kepada wanitanya, “I tidak ada harta, tapi I ada cinta” | Lelaki sedemikian tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras untuk mengumpul wang menyara bakal pasangannya. Hidup rumahtangga perlu banyak belanjawan. |
Contoh lain : “I tidak akan usik U sebelum kita nikah” | Dengan sebab wanita percaya, dia mula mengikuti lelaki ke mana sahaja sehingga menyebabkanterjebak ke kancah perzinaan akhirnya. |
Sumber :
- Dato' Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah
- Majalah Solusi Isu No. 31
p/s: this article entails nothing to myself though : D
********************************************************************************
On a different yet not too far from the topic note,I had so much fun going back to my parent's home in JB [walaupun sehari sahaja]. I managed to attend my sweet friend's solemnization night and also the reception [Walimah]. They both looked happy and I pray for them the very best in their marriage life. May their marriage be blessed until jannah,ameen =)
toddles~
salam~~